-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 – Semakan Keputusan Peperiksaan Online


Maklumat mengenai SAPS 2017 ini penting sangat untuk ibu bapa yang mahu tahu markah anak-anak mereka. So, bila anda nak tahu pencapaian pembelajaran anak anda di sekolah, sila baca informasi ini. Saya bagi tahu caranya.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Melalui SAPS, penjaga murid sekolah atau ibu bapa boleh menyemak keputusan akhir dan ujian melalui website SAPS.  Melalui web ini, ibu bapa boleh menyemak slip keputusan dan markah murid. Dengan mengetahui keputusan peperiksaan, ibubapa boleh memantau prestasi anak mereka di sekolah.

Melalui web SAPS, ibubapa boleh menyemak keputusan peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) terkini, SPM, PMR/PT3, peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

Melalui SAPS Ibu Bapa, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan sekolah rendah darjah 1 hingga 6, serta sekolah menengah darjah 1 hingga 5.

Untuk melihat semakan keputusan peperiksaan anak anda, sila ikuti panduan berikut.

1. Buka laman SAPS (http://sapsnkra.moe.gov.my/). Selepas itu, klik SEMAKAN IBU BAPA. Atau klik

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.

SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah





2. Pada laman SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR, isi no KP (nombor kad pengenalan) atau sijil lahir. Masukkan nombor sahaja. Selepas itu, pilih sekolah dan tahun. Setelah lengkap, klik pada butang Semak Laporan.

3. Berikutnya ada menunjukkan maklimat seperti nama murid, no KP / sijil lahir, dan lain sebagainya. Pada keputusan peperiksaan, pilih jenis peperiksaan.

Murid-murid tak perlu cuba-cuba dusta tentang markah mereka, kerana nilai mereka boleh disemak melalui sistem SAPS.

Mudah tak? Akan tetapi, website SAPS pada masa-masa tertentu sukar diakses. Mungkin sahaja kerana overload, terlampau banyak orang akses web SAPS. Bila Anda jumpa web SAPS sukar untuk diakses, cuba akses web ini pada masa orang-orang tak banyak akses internet, misalnya sebelum Subuh.

SAPS sememangnya memberi kemudahan bagi ibu bapa, kerana mereka boleh memantau prestasi anak-anak mereka secara online. Web SAPS menjadi perantara guru, pelajar, dan ibu bapa. Akan tetapi, dari segi server perlu diperbaiki supaya tidak overload semasa web ini ramai diakses.

Demikian maklumat mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Bagaimana pandangan anda mengenai SAPS ini? Sila tulis komentar.

Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 – Semakan Keputusan Peperiksaan Online 
Back to Top