-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
Semakan Keputusan SPM 2016 Secara Online Dan SMS

Semakan keputusan peperiksaan SPM 2016. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2016 dijangka akan diumumkan keluar pada minggu pertama bulan Mac 2017. Ringkasan keputusan peperiksaan SPM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Tarikh keputusan SPM keluar akan kami update sebaik sahaja maklumat kami perolehi.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan penuh SPM daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.


Semakan Keputusan SPM 2016 Online

Semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara atas talian boleh dibuat melalui laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan di pautan berikut:
http://sppat.moe.gov.my/semakan/ (mulai 10.00 pagi pada hari keputusan diumumkan)


Semakan Keputusan SPM 2016 melalui SMS

Semakan melalui SMS boleh dilakukan mulai 10.00 pagi pada hari hebahan keputusan. Berikut adalah cara menyemak keputusan peperiksaan SPM melalui SMS:
  1. Taipkan:
    SPM<jarak>[No. KP]<jarak>[Angka Giliran]
    Contoh: SPM  981114035243  ABC123456
  2. Hantarkan SMS ke 15888
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Semoga anda mendapat SPM results yang cemerlang. Good luck!

Semakan Keputusan SPM 2016 Secara Online Dan SMS
Sumber:malaysiatercinta
Back to Top