-->

Type something and hit enter

Pages

Translate


On
 Semakan Tawaran Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi Sesi 2017/2018 online. Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM sesi 2017/2018 dijangka akan diumumkan pada 27 April 2017 bermula 12:00 tengahari. Pelajar-pelajar lepasan SPM 2016 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.


Semak Tawaran Matrikulasi Secara Online

Semakan atas talian boleh dibuat melalui laman Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM), di pautan berikut:
Pautan akan dikemaskini kemudian


Semak Tawaran Matrikulasi Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk Semakan Tawaran Calonjaya Matrikulasi KPM Ambilan 2017/2018 akan diaktifkan bermula pukul 12:00 tengahari 14 April 2017 sehingga jam 11:59 malam 28 April 2017.
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan Matrikulasi KPM melalui SMS:
  1. Taipkan:
    MOE<jarak>MAT<jarak>[No Kad Pengenalan]
    Contoh: MOE  MAT  980325035243
  2. Hantarkan SMS ke 15888
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM sesi akademik 2017/2018, mereka dikehendaki membawa bersama surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen maklumat pelajar serta borang perjanjian pelajar (dua salinan).


Rayuan Program Matrikulasi

Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh terus dikemukakan secara online melalui laman web http://www.moe.gov.my bermula pada hari yang sama keputusan permohonan matrikulasi diumumkan.
Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk sebarang pertanyaan.
Semoga berjaya dan good luck!

http://www.malaysiatercinta.com/2016/04/semakan-tawaran-matrikulasi-kpm-sesi.html
Back to Top